Monday, 27 February 2012

SELAMAT MENGULANG KAJI PELAJARAN





SELAMAT MENGULANG KAJI PELAJARAN 
KEPADA SEMUA
MAHASISWA/I IJAZAH
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
(UniSZA)
YANG BAKAL MENDUDUKI 
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2
SESI 11/12


Belajarlah kerana Allah dan bukan kerana sesuatu yang lain. Pasti kita mudah menerima ilmu terbabit.

Pena berdoa supaya semua mahasiswa/i UniSZA beroleh kejayaan dan kecemerlangan.


Monday, 20 February 2012

TIP BELAJAR SAAT AKHIR




BERIKUT ADALAH TIP CARA BELAJAR SAAT AKHIR YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA UNTUK PERSEDIAAN KITA BERSAMA :-

1. MUHASABAH DIRI. ADA ORANG YANG MENGHARAPKAN GAGAL ATAU LULUS, ADA YANG MENGHARAPKAN DAPAT A ATAU SEBAGAINYA. TANYA DIRI, SEBENARNYA MAMPU SETAKAT MANA. JIKA ANDA BERUSAHA SAAT AKHIR SETAKAT MANA GRED YANG ANDA DAPAT? JIKA ANDA SUDAH TAHU BERAPA ANDA DAPAT, ANDA KENA MENERIMANYA. TETAPI, KEMUNGKINAN ANDA DAPAT KEPUTUSAN SEPERTI DIINGINKAN MASIH ADA.

2. JANGAN PUTUS ASA. SELAGI KERTAS SOALAN BELUM DIJAWAB, SELAGI ITU MASIH ADA MASA UNTUK ULANG KAJI. JIKA SUDAH HANTAR KERTAS JAWAPAN, BARULAH HABIS SEGALA USAHA KECUALI DOA. JANGAN SUDAH HABIS MENJAWAB BARU MENYESAL TIDAK MENGGUNAKAN MASA YANG ADA INI UNTUK ULANG KAJI

3. HAPUSKAN TABIAT TIDUR TERLEBIH ATAU TERKURANG. MASA MACAM NI PATUTNYA TIDUR PUKUL 12 TENGAH MALAM DAN BANGUN PUKUL 6 PAGI BERSAMAAN 6 JAM. BIASANYA APABILA TAK FAHAM AKAN TERUS TIDUR, SEPATUTNYA TUKAR KE TOPIK LAIN, JANGAN MEMAKSA DIRI.

4. SEKAT HIBURAN. SELEPAS PEPERIKSAAN, SEMUA ORANG AKAN ADA MASA BERCUTI. BUAT APALAH MAIN GAME, DENGAR MUZIK, MAIN FACEBOOK, MAIN INTERNET DAN TENGOK TV PADA MASA INI. YAKIN DAN PERCAYALAH, SELEPAS PEPERIKSAAN RAMAI YANG TAK TAU NAK BUAT APA. OLEH ITU, SEMENTARA MASA MASIH ADA INI, GUNAKAN MASA UNTUK MENGHAFAL DAN MEMAHAMI PELAJARAN.

5. JANGAN BUAT BENDA PELIK. BIASANYA WAKTU-WAKTU MACAM INI AKAN ADA MACAM-MACAM BENDA PELIK BERLAKU. CONTOHNYA JANGAN MAKAN MAKANAN YANG TIDAK BIASA MAKAN, KERANA BIMBANG AKAN SAKIT PERUT. ATAUPUN TIBA-TIBA INGIN BERSUKAN, BIMBANG JUGA NANTI AKAN TERCEDERA. JANGAN JUGA MAKAN UBAT TAHAN TIDUR DAN PIL-PIL YANG TAK SEPATUTNYA.

6. BELAJAR BIJAK. JIKA NAK BACA SATU BUKU MEMANG TAK AKAN DAPAT FAHAM SEMUA. SEKURANG-KURANGNYA TENGOK SOALAN APA YANG BIASA KELUAR DALAM SOALAN TAHUN LEPAS DAN NILAI DIRI SAMA ADA SOALAN INI BOLEH BUAT ATAU TAK. JIKA TAK BOLEH BUAT, SILA TUMPUKAN KEPADA TAJUK YANG RASA-RASA BOLEH BUAT.

7. BUANG RASA NAK HABIS SEMUA DAN CEPAT. MASA SAAT AKHIR INI MEMANG BOLEH BACA BUKU SAMPAI HABIS, TAPI SATU APA PUN TAK FAHAM. AGAK-AGAK LAH, MASA YANG ADA INI BACALAH SIKIT-SIKIT, KALAU NAK MASUK SEMUA SEKALIGUS TAKUT SATU PUN TAK FAHAM.

SEMOGA DENGAN TIP INI AKAN MEMBANTU RAKAN-RAKAN MAHASISWA/I UNTUK BERSEDIA MENGHADAPI PEPERIKSAAN.



MAJALAH TRANSFORMASI MPP 09/10

SALAM SEJAHTERA RAKAN UniSZA SEKALIAN,

PADA HARI INI,KAMI PENA MAHASISWA UniSZA INGIN BERKONGSI BEBERAPA GAMBAR TENTANG MAJALAH YANG TELA\H DITERBITKAN OLEH MPP 09/10.

INI MEMBUKTIKAN MPP UniSZA SERTA MAHASISWA UniSZA SANGAT BERKETRAMPILAN
UNTUK BERDAYA SAING DI LUAR SANA.

ADALAH MENJADI HARAPAN  KAMI SUPAYA MAHASISWA UniSZA TERUS MENINGKATKAN SEMANGAT BAGI MEMASTIKAN INSPIRASI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN TERCAPAI..











Friday, 17 February 2012

SELAMAT PULANG KE UniSZA

SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS KEPADA SEMUA MAHASISWA/I SARJANA MUDA UniSZA 
BAGI SEMESTER 2 SESI 2010/2011.
SEMOGA ANDA LEBIH BERKEYAKINAN DALAM MENERUSKAN PENGAJIAN DI UniSZA.

DAN

SELAMAT DATANG KEPADA DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH ( DPLI ) KE UniSZA.
SEMOGA BERJAYA SELALU.


Tuesday, 7 February 2012

Pengkritik Mahasiswa mampu ke?

PRO MAHASISWA ‘MENANGIS’ JADI MINORITI …
AmanKampus : Ringkasan Penerangan Program- (Ini baru Mahasiswa)


Ini baru kita kata Mahasiswa.Peranan mereka mendekati masyarakat dengan cara berhemah dan beradab.Juga berfungsi sebagai penghubung antara dunia mahasiswa dan dunia luar.Ayuh mahasiswa!Berbudilah seikhlas hati kerana dirimu bakal kembali kepada masyarakat!Jom tengok apa aktiviti #AmanKampus yang bakal dirasmikan esok di Masjid Wilayah Putrajaya


1. IKON SISWA
Program Ikon Siswa ialah satu program yang mendedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah dengan kehidupan atau suasana universiti kepada mereka. Program ini juga memupuk semangat kepada para pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan masing-masing. Bilangan pelajar yang mengambil bahagian dalam Program Motivasi ini ialah seramai 200 hingga 300 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4,5 dan 6.
Untuk membuka minda para pelajar satu forum siswa dibuat dengan tajuknya ialah Menuju Menara Gading: Satu Pengalaman. Dengan adanya program ini diharapkan dapat menyedarkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada diri mereka sendiri kerana di zaman moden ini ilmu yang dituntut di sekolah semata-mata tidak mencukupi. Untuk bersaing dengan pesaing yang hebat di luar kite memerlukan ilmu yang penuh di dada dan pelbagai supaya hidup mereka lebih terjamin di masa hadapan.
Forum ini dibahagikan kepada 3 orang pembicara yang terdiri daripada 2 orang mahasiswa dan seorang daripada badan bukan kerajaan. Program Ikon siswa ini berlangsung selama 2 atau 3 jam, termasuk aktiviti latihan dalam kumpulan yang dibimbing oleh mahasiswa universiti.



2. SUARA SISWA - PENTAS ANAK MUDA
Program Pentas Anak Muda ialah satu program yang melibatkan mahasiswa dan badan bukan kerajaan di setiap negeri. Terdapat 3 orang pemidato yang akan mendebatkan idea masing-masing berkaitan dengan pelbagai isu yang ada sekarang ini. Panel terdiri daripada 2 orang mahasiswa dan seorang daripada badan bukan kerajaan (NGO). Program ini dibuat untuk memastikan masyarakat mendapat input daripada golongan mahasiswa peka dengan keadaan sekeliling dan penerangan daripada persepktif intelektual dan pemikiran anak muda pasti dapat memikat hati masyarakat.
Program ini berlangsung selama 2 jam.

copy from Kepok Budu(KB)