PRO MAHASISWA ‘MENANGIS’ JADI MINORITI …
AmanKampus : Ringkasan Penerangan Program- (Ini baru Mahasiswa)
Ini baru kita kata Mahasiswa.Peranan mereka mendekati masyarakat dengan cara berhemah dan beradab.Juga berfungsi sebagai penghubung antara dunia mahasiswa dan dunia luar.Ayuh mahasiswa!Berbudilah seikhlas hati kerana dirimu bakal kembali kepada masyarakat!Jom tengok apa aktiviti #AmanKampus yang bakal dirasmikan esok di Masjid Wilayah Putrajaya
1. IKON SISWA
Program Ikon Siswa ialah satu program yang mendedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah dengan kehidupan atau suasana universiti kepada mereka. Program ini juga memupuk semangat kepada para pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan masing-masing. Bilangan pelajar yang mengambil bahagian dalam Program Motivasi ini ialah seramai 200 hingga 300 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4,5 dan 6.
Untuk membuka minda para pelajar satu forum siswa dibuat dengan tajuknya ialah Menuju Menara Gading: Satu Pengalaman. Dengan adanya program ini diharapkan dapat menyedarkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada diri mereka sendiri kerana di zaman moden ini ilmu yang dituntut di sekolah semata-mata tidak mencukupi. Untuk bersaing dengan pesaing yang hebat di luar kite memerlukan ilmu yang penuh di dada dan pelbagai supaya hidup mereka lebih terjamin di masa hadapan.
Forum ini dibahagikan kepada 3 orang pembicara yang terdiri daripada 2 orang mahasiswa dan seorang daripada badan bukan kerajaan. Program Ikon siswa ini berlangsung selama 2 atau 3 jam, termasuk aktiviti latihan dalam kumpulan yang dibimbing oleh mahasiswa universiti.
2. SUARA SISWA - PENTAS ANAK MUDA
Program Pentas Anak Muda ialah satu program yang melibatkan mahasiswa dan badan bukan kerajaan di setiap negeri. Terdapat 3 orang pemidato yang akan mendebatkan idea masing-masing berkaitan dengan pelbagai isu yang ada sekarang ini. Panel terdiri daripada 2 orang mahasiswa dan seorang daripada badan bukan kerajaan (NGO). Program ini dibuat untuk memastikan masyarakat mendapat input daripada golongan mahasiswa peka dengan keadaan sekeliling dan penerangan daripada persepktif intelektual dan pemikiran anak muda pasti dapat memikat hati masyarakat.
Program ini berlangsung selama 2 jam.
copy from Kepok Budu(KB)
No comments:
Post a Comment