Hampir semua mata pelajaran di sekolah
merangsang penggunaan otak kiri dalam mempelajarinya.
Apabila seseorang
murid cuba memahami bagaimana sesuatu formula matematik itu digunakan
dalam menyelesaikan satu-satu masalah, dia sedang menggunakan seluruh
otak kirinya. Begitu juga apabila dia diminta untuk menghafal
fakta-fakta sejarah serta tahun-tahun kejadian, diajar tentang haiwan,
tumbuhan dan proses kitaran dalam matapelajaran sains, dia juga
menggunakan seluruh potensi otak kirinya.
Jadi bilakah mereka ini akan menggunakan
otak kanan mereka? Jawapannya mungkin tiada atau mungkin 10%, iaitu
dalam matapelajaran berteraskan seni, ko-kurikulum dan kemahiran hidup.
Peratusan yang amat rendah itu memungkinkan sel-sel neuron otak kanan
semakin tertidur ( tidak aktif ) dan akhirnya mati.
Otak Kiri
Penyelidikan saintis mendapati otak kiri
bertugas dalam mengingati ilmu, data dan fakta: menggunakan fikiran
logik, bahasa, matematik, menganalisis, berfikir mengikut urutan dan
lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik.
Otak Kanan
Otak kanan pula melibatkan imaginasi,
khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak
hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti
yang seumpama dengannya.
Sebagaimana tangan harus digunakan
kedua-duanya untuk mendapat gerak laku yang terbaik, demikian juga otak.
Kita diberikan dua telinga untuk menyeimbangkan pendengaran, diberi dua
mata untuk lebih fokus, diberikan dua kaki utnuk lebih pantas, kita
juga diberikan dua otak untuk lebih berfungsi sebagai insan yang stabil,
pintar dan seimbang.
Penggunaan otak yang tidak seimbang
akibat pembelajaran mata pelajran yang tidak seimbang akan mengakibatkan
lahirnya manusia yang tempang. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia
tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu –
individu yang menggunakan otak kanan secara luas dan kerap.
Bagaimana untuk mengaktifkan otak kanan?
Perbanyakkan melakukan aktiviti yang menggabungkan potensi penglihatan, gerakan jari, bahasa tubuh dan juga pendengaran.
- Bebaskan kejumudan anda dengan mengambil tahu hal-hal semasa dan sekeliling.
- Memberi saranan kepada diri sendiri ataupun bermonolog.
- Banyakkan mencuba sesuatu yang berhalangan seperti ekspedisi, mengembara, bermain game computer dan aktiviti-aktiviti lasak.
- Sertai seminar, forum, pameran, ekspo dan cari peluang agar suara anda didengar.
- Menatap, merenung dan membaca Al-Quran.
- Cuba berfikir secara kreatif, analitis ataupun literal.
- Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penghiduan dan merasa secara imaginasi.
- Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
- Bermain catur atau sesuatu yang mencabar minda.
- **Kita dengar dulu lagu nie..
No comments:
Post a Comment