Tuesday 12 November 2013

PEMIMPIN : #MANIFESTO (JANJI ATAU RETORIK) : #SIRI1

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Topik yang akan dibincangkan pada hari ini berkaitan dengan pemimpin, kita fokus kepada kepimpinan kampus. Pada hari ini, kita akan menyentuh isu berkaitan manifesto, adakah ianya janji yang pasti ditunaikan ataupun hanya rekaan mahupun retorik semata-mata.

Sebagai seorang pemimpin, apabila menaburkan janji, wajib bagi nya untuk menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong. 

Bagaimana dengan Manifesto kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 yang kini telah bergelar sebagai caretakers? Sudah terlaksana? ataupun hanya sebagai kata-kata manis penyeri bicara penambah perasa, raih undi?.

Setiap janji dibuat dan ditabur mestilah datang bersama dengannya suatu bentuk pertanggungjawaban. Yang berjanji seharusnya menawarkan janji yang realistik dan berkeupayaan untuk melunaskan apabila diberikan amanah oleh mahasiswa/i.

Oleh sebab itulah Islam melihat aspek kebertanggungjawaban dan amanah sebagai asas penting yang mendasari makna kepemimpinan. Malah kebertanggungjawaban seorang pemimpin juga dinilai daripada keupayaan melunaskan janji yang dibuat kepada mahasiswa/i. Ini ditegaskan Allah dalam surah al-Isra ayat 34 yang bermaksud: “Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya.”



p/s: Jangan hanya tau berjanji tapi tak melaksanakan janji yang ditabur -_-

Friday 8 November 2013

YANG MANA SATU LOGO OFFICIAL UniSZA??

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni admin nak cerite pasal logo baru UniSZA gak. Admin perhati gak logo tu, ade yangsiap buat profile picture. Tapi, yang admin pelik nyer ni kenape macam ade penambahan or versi lain pada logo tu? jom kita bandingkan:


versi ni ada tulisan jawi kat tengah-tengah tu.

ni official nyer.


official


Sebenarnya admin pon xpasti lah kes ni macam mane, kite tunggu jelah dalam mase terdekat ni cmne, bende baru lagi kan :) 

Nak download versi oroginal? yang pixel and size die ok'? :
Download:
http://www.pendaftar.unisza.edu.my/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=180&view=viewdownload&catid=7&cid=834&lang=ms

 Mohon mana-mana pihak tak menambah cerita atau mengada-adakan cerita. Jangan main Copy paste je, perhati dan kaji. Bukan semua maklumat benar belake :) tunggu jelah mcm mane. Mane2 pon ok :P

Sumber logo official:
http://www.pendaftar.unisza.edu.my/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=180&view=viewdownload&catid=7&cid=834&lang=ms

Sumber logo lagi 1:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1411269139107252&set=gm.722876094397055&type=1&relevant_count=1&ref=nf

p/s : cuti dah nak habis ni. :)

Wednesday 6 November 2013

PILIHAN RAYA KAMPUS 2012/2013 YANG LEPAS ?

Asslamualaikum dan salam sejahtera

Mari kite sneak peak sikit keputusan PRK sesi yang lepas yang dilaporkan oleh akhbar sinar harian:


Betul ke x tu? camne result sesi ini pulak? harap peratusan turun mengundi UniSZA kali ni meningkat. Semue moh turun mengundi ye nanti :)

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/politik/pilihan-raya-kampus-pro-aspirasi-menang-besar-pro-m-kuasai-2-ipta-1.88511

p/s: admin ni post PRK je? ish ade post berkaitan hal lain-lain. Sabar ye

PIHANRAYA KAMPUS UniSZA SEMAKIN HAMPIR ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 Kehangatan semakin terasa? apa yang hangat ni? Pilihan Raya Kampus lah? just around the corner bak kate omputehnyer. Macam mana persediaan mahasiswa/i UniSZA dalam menghadapi PRK kali ini? Adakah PRK kali ini peperangan antara 2 hala? 3 hala? ataupun 4 hala? ke tiket individu?  

Apa yang penting kite kenal calon kite ye, tengok latar belakang, salasilah kewujudan dan pencapaian akedemik dan berorganisasi beliau. errmm, da nampak calon-calon ke? awal lagi ni, mana ada pihak yang nak revealkan calon awal-awal macam ni. tapi kita dapat lihat gelagat mahasiswa/i dalam group fb femes U kite (Persatuan Mahasiswa Mahasiswi UniSZA). Kita dapat lihat telatah dan kerenah individu-individu yang tibe-tiba muncul. Ada yang lama menyepi, dekat PRK baru menyalak kembali. sedikit lucu pun ada. Diharap pilihanraya kali ini, berlaku dengan lancar :)

 Apa yang admin nak ketengahkan disini, pilih calon yang benar-benar layak, yang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang disandang. Bukan menjadi MPP yang duduk office beraircond tengok muvie je. Sekadar menjadi sleeping MPP? jangan lah macam tu. Admin perhati je kepimpinan MPP yang lepas, ada beberapa yang Office pun tak masuk, manage program berterabur, sembang lebih pun ade. Admin nasihatkan yang mana nak jadi MPP, haruslah berpengalaman dalam berorganisasi :P Tanggungjawab sebagai seorang pemimpin ni berat, please dont think about yourself but think of others also. Ade gak MPP yang kuat menyalak! tapi habuk pun xdak. Ada jenis orang lain buat kerja tapi die dapat nama pun ade. Tapi x semua macam tu, ada beberapa yang alhamdulillah bagus! :) 

Sebagai seorang pemimpin kita harus ada perasaan tanggungjawab, bukannye i MPP u diam! ish ish x boleh macam tu. Kita UniSZA 1 keluarga, kebajikan kita kebajikan bersama. Kalau calon tu dekat PRK baru muncul macam chipsmore? hmmm.. Sebenarnya xperlu jadi MPP pun dapat membantu mahasiswa/i serta UniSZA, Niat yang penting, niat untuk membantu x memerlukan medium yang besar. Respect those who want to be a leader :) 
Next post admin akan post something yang agak detail pasal prk eah :)

p/s: maaf la kritik sikit, realiti :)

JAGA KESELAMATAN ANDA KETIKA HUJAN, BANJIR DAN UniSZA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera warga UniSZA,

Hujan, Hujan dan Hujan lepas tu banjir? Adakah UniSZA bakal banjir lagi? Pihak Universiti telah mengambil beberapa inisiatif bagi menangani masalah ini. Walaupun banjir masih terjadi, tetapi tempoh untuk air kembali surut dapat dikurangkan apabila longkang besar berhadapan foyer asrama siap. Baru-baru ini, pihak UniSZA telah mengambil tindakan untuk menambah longkang di belakang kolej kediaman C. Diharap dengan inisiatif ini dapat membantu kelinciran sistem perparitan UniSZA. Dahulunya if banjir, memang payah nak surut, kini alhamdulillah semakin pantas. Semoga semakin hari semakin baik UniSZA tercinta kita ini :)

Banjir Suatu ketika dahulu

Musim hujan macam ni, elok kita jaga keselamatan kita, kalau bukan kita yang jaga keselamatan kita? siapa lagi?
 
1) Hujan lebat ni elok kita jangan la keluar gi sane sini, kang ade yang sewe kerete eksiden? camno tu?
2) kalau nak keluar gak tu, hati2 lah, bukan ape, kite ni student, apa2 berlaku kite yang kene bertanggungjawab tau.
3) Dah ade nampak gaye macam air naik je tu, bek awal2 alih kenderaan tu. kang x hidup kenderaan tu mane nak cari duit..huhu
4) Rutin budak2 UniSZA ni, time banjir da macam pesta air pulak kan, semua pakat turun main air. Nasihat dari admin, elok jangan men air gitu r, bukan bersih pun. haiwan berbisa pun banyak. (ade kes kan ular lah, lipan lah dll.)
5) ada hal2 kecemasan elok call pihak yang bertanggungjawab:
 
Pejabat Asrama (Unit Perumahan & Kebajikan Pelajar) : 09 6688978/6687745
Pengurus Asrama Kolej Kediaman A : En. Rashidin : 012 9089381
Pengurus Asrama Kolej Kediaman B & C : Cik Suhazlina : 012 2747610
Pengurus Asrama Kolej Kediaman D (maidam) :Cik Asma : 013 9615145
Jabatan Keselamatan (Gong Badak) : 09 6687750
Jabatan Keselamatan (Kota) : 09 6275755

Pusat Kesihatan Pelajar (Gong Badak) : 09 6688735
Ambulance : 013 9804946
 
p/s : Jaga keselamatan diri anda sendiri :)
 
 


Logo baru Universiti Sultan Zainal Abidin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Warga Mahasiswa/mahasiswi UniSZA sekalian, Dah lame blog ni menyepi kan? banyak urusan la kate kan. xde info terbaru ker? cerite hot terbaru ke? banyak, tp sabar yee.. :)

Anyway, UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) telahpun reveal kan logo baru nyer. Amboi tukar logo baru yea? jom kita sneak peak sikit logo baru Universiti Sultan Zainal Abidin nie (UniSZA).


Ha, ni logo lama UniSZA :)

Ni logo baru untuk Universiti Sultan Zainal Abidin

Sumber : http://sentral.unisza.edu.my/modules.php?name=Konvokesyen

p/s : hati2 di jalan raya, start hujan je kan :)

Thursday 25 April 2013

Sokong Islam Anda Selamat ?

Fahami betul apa  yang disampaikan oleh ustaz kazim elias..Jangan tengok siapa yang bercakap..tengok apa yang disampaikan oleh mereka.



Tuesday 16 April 2013

Mahasiswa dan Ilmu Politik dalam PRU13

Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi bakal mencatatkan lembaran baru sebagai pentas politik baru mahasiswa.

Selepas sekian lama terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), golongan terbabit yang berkelayakan akhirnya diberi pelepasan mengundi buat pertama kalinya sejak 1971.
Sudah tentu persoalan utama ialah sejauh mana golongan itu bijak menggunakan peluang diberikan, adakah mereka akan mengikut acuan yang betul atau sebaliknya?

Melihat reaksi mahasiswa alaf baru yang lebih agresif, semua kemungkinan boleh berlaku.

Pengarah Pusat Akreditasi Pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Khaidzir Ismail berkata, mahasiswa perlu melihat PRU sebagai pentas politik baru yang memberi mereka peluang belajar erti demokrasi dalam konteks sebenar.

Beliau berkata, jika sebelum ini mereka menganggap tangan terikat dan mulut dikunci kerana AUKU, PRU kali ini membolehkan golongan itu menggunakan kebebasan untuk menzahirkan kehendak dan sokongan terhadap proses perjalanan politik negara.

“Buat pertama kalinya selepas AUKU dipinda, pentas politik bagi mahasiswa akan berubah dengan memberi kebebasan mereka terbabit dalam proses demokrasi dan politik.

“Mereka yang layak akan berpeluang mengundi dan membuat pilihan terhadap parti. Tiada lagi sekatan kecuali di dalam kampus yang masih tertakluk kepada pembabitan aspek kepartian.

“Ini sesuatu yang menarik kerana ia seperti menyahut cabaran mahasiswa sebelum ini yang mahukan hak mereka untuk mengundi selaras Perlembagaan Negara. Mereka sudah memperolehnya, jadi jalankan tanggungjawab itu,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama pentas politik baru ini seperti mengembalikan semula kegemilangan dan fungsi mahasiswa sebagai bakal pemimpin negara.

“Dulu, kita lihat perjuangan mahasiswa berlandaskan usaha untuk pembangunan ekonomi masyarakat. Dan, melalui perjuangan itu berjaya melahirkan generasi masa kini yang dinamik.

“Hari ini masih memperlihatkan mahasiswa memperjuangkan aspek yang sama, tapi lebih kehadapan dengan pelbagai isu berbangkit berani diutarakan.

“Ini satu perkembangan yang baik kerana mahasiswa boleh melihat kepentingan peranan mereka sebagai salah satu kumpulan pembangunan negara.

“Melalui perjuangan itu, kita boleh menilai sejauh mana bakat dan nilai kepemimpinan mereka. Ini juga satu proses pembelajaran yang baik kerana mereka berpeluang merasai sendiri perjalanan politik dan demokrasi negara,” katanya.

Mengulas sama ada kesuraman kebangkitan mereka dulu ada hubung kait dengan AUKU, beliau berkata, akta itu bukan persoalannya.

“Seharusnya mereka sebagai golongan terpelajar kena faham mengapa akta itu diperkenalkan. Tapi ini tidak bermakna hak mereka dirampas sepenuhnya.

“Mereka masih bebas bersuara dan masih berpeluang merasai terbabit dalam politik menerusi pilihan raya kampus. Saya berpendapat pada waktu tertentu, AUKU memang perlu digunakan berdasarkan situasi tertentu.

“Kini akta itu sudah dipinda kerana pihak terbabit masanya sudah tiba melakukan pindaan. Jangan jadikan AUKU isu besar biarpun ia dianggap sebagai pencabulan hak mahasiswa,” katanya.

Mahasiswa alaf baru, katanya, perlu berfikiran positif, mempunyai wawasan serta sentiasa melihat jauh ke depan berlandaskan fakta bukan emosi.

“Mereka ini aset negara, justeru tahap pemikiran perlu jauh ke depan. Fokus pada sesuatu perancangan yang mempunyai nilai kebaikan.

“Tidak perlu lagi membandingkan diri dengan perjuangan mahasiswa dulu. Setiap perjuangan perlu realistik dan disesuaikan dengan situasi dan masa.

“Jika mahasiswa dulu terbelenggu, mahasiswa sekarang pula sedang menikmati arus perubahan dalam pentas politik negara. Justeru tidak perlu mengungkit lagi isu yang boleh mengganggu sensitiviti pihak lain,” katanya.

Malah, pentas politik baru ini juga adalah landasan terbaik menonjolkan sisi sebenar mahasiswa.

“Di mana-mana pun, mahasiswa antara golongan yang sentiasa mencuri tumpuan. Jarang kehadiran mereka tidak disedari.

“Sebab itu, mereka harus pandai meletak diri dengan imej yang baik supaya tumpuan tidak bertukar cacian atau kejian.

“Tonjolkan bakat, kredibiliti dan nilai kepemimpinan yang boleh mengangkat nama mereka. Bukan menonjolkan imej dari sisi sebaliknya,” katanya.

Pentas politik baru juga adalah wadah terbaik mahasiswa menggali seberapa banyak ilmu mengenai dunia politik.

Menurutnya, politik sebahagian proses pembangunan negara yang berterusan dengan kepemimpinan silih berganti.

“Generasi dulu sedang memimpin manakala generasi sekarang akan meneruskannya pada masa depan.

“Inilah kesempatan terbaik mereka mencari seberapa banyak ilmu dan pengalaman supaya boleh menjadi pemimpin hebat kelak.

“Selain berbaloi dengan perjuangan mereka yang meminta diberikan hak untuk mengundi selama ini,” katanya.

 kredit :  http://www.hmetro.com.my/