Tuesday 12 November 2013

PEMIMPIN : #MANIFESTO (JANJI ATAU RETORIK) : #SIRI1

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Topik yang akan dibincangkan pada hari ini berkaitan dengan pemimpin, kita fokus kepada kepimpinan kampus. Pada hari ini, kita akan menyentuh isu berkaitan manifesto, adakah ianya janji yang pasti ditunaikan ataupun hanya rekaan mahupun retorik semata-mata.

Sebagai seorang pemimpin, apabila menaburkan janji, wajib bagi nya untuk menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong. 

Bagaimana dengan Manifesto kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 yang kini telah bergelar sebagai caretakers? Sudah terlaksana? ataupun hanya sebagai kata-kata manis penyeri bicara penambah perasa, raih undi?.

Setiap janji dibuat dan ditabur mestilah datang bersama dengannya suatu bentuk pertanggungjawaban. Yang berjanji seharusnya menawarkan janji yang realistik dan berkeupayaan untuk melunaskan apabila diberikan amanah oleh mahasiswa/i.

Oleh sebab itulah Islam melihat aspek kebertanggungjawaban dan amanah sebagai asas penting yang mendasari makna kepemimpinan. Malah kebertanggungjawaban seorang pemimpin juga dinilai daripada keupayaan melunaskan janji yang dibuat kepada mahasiswa/i. Ini ditegaskan Allah dalam surah al-Isra ayat 34 yang bermaksud: “Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya.”



p/s: Jangan hanya tau berjanji tapi tak melaksanakan janji yang ditabur -_-

Friday 8 November 2013

YANG MANA SATU LOGO OFFICIAL UniSZA??

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni admin nak cerite pasal logo baru UniSZA gak. Admin perhati gak logo tu, ade yangsiap buat profile picture. Tapi, yang admin pelik nyer ni kenape macam ade penambahan or versi lain pada logo tu? jom kita bandingkan:


versi ni ada tulisan jawi kat tengah-tengah tu.

ni official nyer.


official


Sebenarnya admin pon xpasti lah kes ni macam mane, kite tunggu jelah dalam mase terdekat ni cmne, bende baru lagi kan :) 

Nak download versi oroginal? yang pixel and size die ok'? :
Download:
http://www.pendaftar.unisza.edu.my/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=180&view=viewdownload&catid=7&cid=834&lang=ms

 Mohon mana-mana pihak tak menambah cerita atau mengada-adakan cerita. Jangan main Copy paste je, perhati dan kaji. Bukan semua maklumat benar belake :) tunggu jelah mcm mane. Mane2 pon ok :P

Sumber logo official:
http://www.pendaftar.unisza.edu.my/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=180&view=viewdownload&catid=7&cid=834&lang=ms

Sumber logo lagi 1:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1411269139107252&set=gm.722876094397055&type=1&relevant_count=1&ref=nf

p/s : cuti dah nak habis ni. :)

Wednesday 6 November 2013

PILIHAN RAYA KAMPUS 2012/2013 YANG LEPAS ?

Asslamualaikum dan salam sejahtera

Mari kite sneak peak sikit keputusan PRK sesi yang lepas yang dilaporkan oleh akhbar sinar harian:


Betul ke x tu? camne result sesi ini pulak? harap peratusan turun mengundi UniSZA kali ni meningkat. Semue moh turun mengundi ye nanti :)

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/politik/pilihan-raya-kampus-pro-aspirasi-menang-besar-pro-m-kuasai-2-ipta-1.88511

p/s: admin ni post PRK je? ish ade post berkaitan hal lain-lain. Sabar ye

PIHANRAYA KAMPUS UniSZA SEMAKIN HAMPIR ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 Kehangatan semakin terasa? apa yang hangat ni? Pilihan Raya Kampus lah? just around the corner bak kate omputehnyer. Macam mana persediaan mahasiswa/i UniSZA dalam menghadapi PRK kali ini? Adakah PRK kali ini peperangan antara 2 hala? 3 hala? ataupun 4 hala? ke tiket individu?  

Apa yang penting kite kenal calon kite ye, tengok latar belakang, salasilah kewujudan dan pencapaian akedemik dan berorganisasi beliau. errmm, da nampak calon-calon ke? awal lagi ni, mana ada pihak yang nak revealkan calon awal-awal macam ni. tapi kita dapat lihat gelagat mahasiswa/i dalam group fb femes U kite (Persatuan Mahasiswa Mahasiswi UniSZA). Kita dapat lihat telatah dan kerenah individu-individu yang tibe-tiba muncul. Ada yang lama menyepi, dekat PRK baru menyalak kembali. sedikit lucu pun ada. Diharap pilihanraya kali ini, berlaku dengan lancar :)

 Apa yang admin nak ketengahkan disini, pilih calon yang benar-benar layak, yang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang disandang. Bukan menjadi MPP yang duduk office beraircond tengok muvie je. Sekadar menjadi sleeping MPP? jangan lah macam tu. Admin perhati je kepimpinan MPP yang lepas, ada beberapa yang Office pun tak masuk, manage program berterabur, sembang lebih pun ade. Admin nasihatkan yang mana nak jadi MPP, haruslah berpengalaman dalam berorganisasi :P Tanggungjawab sebagai seorang pemimpin ni berat, please dont think about yourself but think of others also. Ade gak MPP yang kuat menyalak! tapi habuk pun xdak. Ada jenis orang lain buat kerja tapi die dapat nama pun ade. Tapi x semua macam tu, ada beberapa yang alhamdulillah bagus! :) 

Sebagai seorang pemimpin kita harus ada perasaan tanggungjawab, bukannye i MPP u diam! ish ish x boleh macam tu. Kita UniSZA 1 keluarga, kebajikan kita kebajikan bersama. Kalau calon tu dekat PRK baru muncul macam chipsmore? hmmm.. Sebenarnya xperlu jadi MPP pun dapat membantu mahasiswa/i serta UniSZA, Niat yang penting, niat untuk membantu x memerlukan medium yang besar. Respect those who want to be a leader :) 
Next post admin akan post something yang agak detail pasal prk eah :)

p/s: maaf la kritik sikit, realiti :)