Sunday 27 May 2012

Budaya trendy rakyat Malaysia

                                                                    
BARU-BARU ini penulis diperkenalkan dengan aplikasi Whatsapp. Seperti Facebook dan BlackBerry Messenger (BBM), ia percuma.

Namun awal-awal lagi mungkin bagi mengelakkan kontroversi seperti yang dialami Facebook ketika ada ura-ura rangkaian sosial ini hendak mengenakan bayaran, sebelum memuat turun aplikasi ini sudah ada peringatan bahawa selepas tempoh setahun, pengguna Whatsapp akan diikenakan caj AS$0.99.

Di saat-saat keghairahan pengguna terhadap Facebook semakin memudar, tidak seperti ketika ia baru-baru diperkenalkan, kehadiran Whatsapp membangkitkan semula keterujaan kepada peminat rangkaian sosial.

Seperkara yang menarik, jika pengguna Facebook perlu mencari rakan, mempelawa menjadi rakan dan menunggu diterima menjadi rakan, pengguna Whatsapp tidak perlu melalui semua proses itu.
Sebaik sahaja memuat turun aplikasi Whatsapp, anda akan disenaraikan sebagai penggunanya.

Kelebihan

Dan secara automatik juga anda dapat mengetahui sama ada kenalan dalam telefon anda juga pengguna Whatsapp.

Kelebihan ini juga membezakannya daripada pengguna BlackBerry (BB) yang seperti Facebook perlu mempelawa kenalan anda menjadi rakan BBM.

 Itupun kalau anda mengetahui nombor pin BBM mereka.

Atas kelebihan inilah mungkin ramai yang kini menggunakan Whatsapp.

Yang pastinya, ia tidak terhad kepada satu jenama telefon bimbit.
Tidak seperti BBM yang eksklusif untuk pengguna BB. Pendekata, pengguna BB pun boleh menggunakan aplikasi ini.

Namun biasalah aplikasi baru, gajet pun kenalah baru dan terkini.

Akhir-akhir ini bagaikan satu trend, sebagaimana juga gelombang K-pop yang melanda, rata-rata peminat gajet telekomunikasi cukup gemar menggunakan telefon bimbit bersaiz besar - tidak lagi saiz genggaman tangan -paling popular Samsung Galaxy Tab atau Note.

Saiznya yang besar sehingga melebihi lebar tapak tangan, tidak lagi dianggap satu kekurangan sebaliknya sesuatu yang trendy.

Memegang Tab atau Note sambil berhubungan dengan contact Whatsapp seolah-olah memberikan imej individu yang berjaya dan bergaya.

Kebimbangan

Namun kerana saiznya yang lebih besar daripada telefon genggam, ia nampak janggal jika disimpan dalam poket depan kemeja lelaki malah tidak selesa diletakkan dalam poket seluar.

Bagi pengguna perempuan memang tidak ada masalah sebab dengan senang-senang sahaja boleh dimasukkan ke dalam beg tangan.

Bagaimana pula dengan pengguna lelaki? Takkan mereka pun kena ada beg tangan?
Namun itu hanyalah `kebimbangan' penulis.

Bercakap soal trend, rupa-rupanya akhir-akhir ini lelaki pun tanpa rasa janggal memakai beg tangan. Mungkin agar senang menyimpan gajet yang bukan lagi sebesar genggaman seperti iPad, Tab dan Note.

Jika suatu masa dulu, melihat lelaki muda memaka sling bag atau beg sandang pun boleh membuatkan orang cepat melontarkan gelaran terhadap mereka, sekarang rata-rata golongan eksekutif muda menyandangnya.

Tiada lagi mata yang memandang serong.

Masyarakat Malaysia sebenarnya amat bertimbangrasa. Mereka cukup cepat dan mudah menyerap sesuatu amalan baru menjadi budaya.

Mungkin sifat majmuk yang ada pada rakyat negara ini, menjadikan kita mudah bertolak-ansur, tidak rigid malah kadang-kala sambil lewa.

Facebook, BBM, Whatsapp, gajet dan beg sandang mungkin bukan ukuran atau perbandingan tepat untuk menggambarkan sifat trendy masyarakat

Malaysia, apatah lagi ia contoh-contoh kecil yang tidak banyak atau mungkin tidak ada kesan negatifnya.

Apa yang diharapkan, sifat trendy dan mudah menyerap perkara baru itu tidak melangkaui budaya kuning yang boleh mencalar jati diri kita rakyat Malaysia yang berbudaya timur dan hidup berpaksikan agama.

Petikan daripada www.utusan.com.my

Lima Ciri Belia Masa Hadapan

                                       Assalamualaikum & Salam 1Malaysia


                                                                       
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib menggariskan 5 ciri Pemimpin Belia pada yang boleh menjamin masa depan negara

1. Cinta keamanan
2. Beradab
3. Berhemat Mulia
4. Tertib
5. Menghormati undang - undang

Kepada Semua Belia dan Mahasiswa/i UniSZA marilah kita cuba fahami ciri- ciri tersebut...



Tuesday 22 May 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

                                            Assalamualaikum & Salam 1Malaysia   


Himpunan Sejuta Belia!!! Macam2 ada..rugi tk dtg..kalu yang berkesempatan boleh lah datang ke Putrajaya..Jom2 semua..


Sebelum tu kita tengok dulu Promo nie..

Monday 21 May 2012

Langkah Pertama Malaysia di Piala Thomas

WUHAN 21 Mei - Malaysia meniti laluan mudah untuk menundukkan Afrika Selatan 5-0 dalam saingan peringkat kumpulan C kejohanan Piala Thomas di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, Isnin.

Perseorangan pertama negara Datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan perseorangan pertama republik itu Jacob Malieka 21-13, 21-10.

Beliau berkata meskipun menentang pasukan bukan pilihan, perlawanan pertama itu penting bagi para pemain negara mendapatkan suasana kejohanan.

"Perlawanan pertama ini juga untuk kami mengetahui keadaan sebenar stadium seperti kondisi pendingin hawa dan angin.

"Ini penting sebagai persediaan kerana esok kami akan menghadapi perlawanan yang sukar iaitu bertemu pasukan Denmark," katanya kepada wartawan Malaysia.

Perseorangan kedua negara, Liew Daren juga tidak menghadapi masalah untuk mengalahkan Willem Viljoen 21-11, 21-9 manakala perseorangan ketiga Muhammad Hafiz Hashim pantas mengenepikan cabaran Prakash Vijayanath 21-10, 21-8.

Beregu utama negara Tan Boon Heong/Koo Kien Keat pula menumpaskan beregu Afrika Selatan Dorian Lance James 21-8, 21-12 manakala Goh Wei Shem/Lim Khim Wah mengalahkan Prakash Vijayanath/Jacob Malieka 21-11, 21-14. - BERNAMA

Sunday 20 May 2012

Melayu Mudah Lupa???


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


ADakah Melayu Bangsa yang MudAH LUPA???
KENApa MeLAYU MudAH  LUPA???
ADAkah MELAYU ITu BAngsa Yang PELUPA???
ADakah MELAYU BERpeYAKIT PELUPA???  

Jom member2 Pena sekalian kita renung kembali kenapa Pena katakan sekalian.
Jom Layan Dulu Movie TERbaru nie..



Nie Untuk MELAYU  MUDAH LUPA...


p/s: renungkan kata2 Tun Dr Mahathir itu...

Saturday 19 May 2012

3.3 juta peluang kerja tersedia untuk belia

Pena ingin kongsikan berita gembira pada hari ini kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan 3.3 juta peluang pekerjaan kepada belia di Negara ini. Dengan itu, semua belia harap dapat mengambil peluang melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka mengisi 3.3 juta peluang pekerjaan yang tersedia menerusi program transformasi kerajaan .

Peluang pekerjaan tersebuat amat penting kepada semua belia di Negara ini terutama kepada belia  yang sedang belajar dan akan menamatkan pelajaran tak lama lagi di seluruh pusat pengajian di Malaysia. 

Dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu “Dalam tempoh lapan tahun ini, banyak peluang pekerjaan baru disediakan oleh kerajaan dan untuk itu, para belia perlu ada kemahiran yang sesuai bagi membolehkan pekerjaan itu diisi," katanya. Jadi, marilah kita melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan peluang pekerjaan negara ini diisi oleh rakyat tempatan..

Pena harap mahasiswa terutama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil langkah kehadapan dengan memanfaatkan peluang yang disediakan ini.

Sebelum tu Kita layan dulu lagu meet uncle hussin nie…




Friday 18 May 2012

FaceBook Medium Tambah Pahala


                                         
FACEBOOK (FB) merupakan laman sosial paling popular dalam kalangan remaja sekarang. Ada sokongan bagi menguatkan kenyataan ini adalah, 34 peratus daripada jumlah pengguna FB di Malaysia adalah generasi muda yang berumur antara 18 hingga 24 tahun. Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-17 pengguna FB sebagaimana dilaporkan oleh laman www.socialbakers.com.
 
Oleh demikian, FB mempunyai kelebihan yang perlu digarap oleh umat Islam untuk meluaskan jaringan dakwah serta menerokanya dalam ertikata untuk memperbaiki persepsi terhadap Islam itu sendiri. 

Namun, persoalannya, sejauh mana laman sosial popular seperti FB ini boleh digunakan sebagai medium dakwah dalam kalangan umat Islam dan bukannya sebagai satu alat yang melekakan dan mengurangkan produktiviti masyarakat..???

Jawapan kepada persoalan ini sebenarnya memanggil pendakwah zaman moden kini berdepan dengan cabaran baru yang jauh lebih sengit daripada era media massa tradisional yang terbatas kepada radio, televisyen dan akhbar sahaja apabila sesetengah masyarakat tidak lagi terpikat dengan cara ceramah, khutbah, dakwah seperti berlaku pada tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an.

Oleh yang demikian, umat Islam perlu mula memikirkan jawapan kepada cabaran baru ini agar Islam tidak ketinggalan dalam peredaran zaman globalisasi kini.

Antara langkah utama setiap muslim dalam menyebarkan dakwah di FB adalah setiap informasi mestilah bersandarkan ilmu dan pendekatan yang diolah dengan bijaksana agar mencetuskan perubahan kepada diri manusia.

Sebagai contoh, dakwah boleh disebarkan dengan kita mendisiplinkan diri semasa 'berFB' iaitu menulis status menggunakan perkataan dan gaya bahasa yang baik. Justeru, setiap muslim haruslah mengambil faedah dengan menggunakan segala kelengkapan yang ada pada FB tersebut seperti Wall Post, Notes, Pictures Sharing sebagai medium untuk menyampaikan fikrah dakwah kepada pengguna Facebook.

Contohnya, status FB berunsur dakwah yang diselitkan mafhum ayat al-Quran dan hadis oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di-likes dan di-share oleh beribu-ribu pengguna laman sosial itu. Bahkan "page Dr.Maza.com di-likes hampir 111 ,000 pengguna laman sosial itu.
Ini menunjukkan bahawa dakwah melalui FB juga mendapat tempat di hati masyarakat namun ia memerlukan kaedah dan metod yang sesuai. 

Strategi yang digunakan untuk menyampaikan dakwah perlulah bersifat fleksibel dan praktikal agar relevan dengan peredaran semasa.

Penguasaan FB oleh umat Islam mampu merubah fenomena 'kegilaan' masyarakat daripada perkara yang tidak bermanfaat kepada pengetahuan ilmu agama dengan mengislamkan dunia siber. 

Jika hal ini menjadi kenyataan, maka aktiviti-aktiviti yang 'menjolok mata' dan melemahkan minda seperti kenyataan yang melampaui batas, penyebaran hadis-hadis palsu, penyebaran fitnah dan kongsi gambar-gambar yang bersalahan dengan syariat yang berlaku dalam pengisian FB dapat dikurangkan.

Sewajarnya, FB boleh dijadikan medium untuk merapatkan lagi hubungan interaksi sesama kaum serta mendekatkan masyarakat bukan islam dengan Islam itu sendiri. Buktinya, banyak 'status' tentang hukum-hukum Islam tersebar dalam laman FB mereka, bahkan ia turut dikongsi oleh mereka.
Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dalam akaun laman sosial seseorang yang mempunyai rakan pelbagai kaum sama ada Cina, India mahupun Melayu dimana hubungan interaksi antara kaum menjadi semakin rapat dalam FB, walaupun secara lumrahnya masing-masing segan untuk bertegur sapa. 

FB menjadi tunjang dalam menyebarkan dakwah di era millennium ini.

Wednesday 2 May 2012

Aku Benci Ibu!






Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam blog ni. Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu! Cerita si anak..... Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami. Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari. Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!” Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya… Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku. Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!.