Tuesday 31 July 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan,


Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan,
1981-2003
Tun Dr, Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925, di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan orang bersaudara dari ibu berketurunan Melayu dan bapanya India Muslim. Kerjaya bapanya sebagai guru besar sekolah mempengaruhi keperibadian beliau sebagai individu yang tegas dan berdisiplin. Begitu juga keperibadian ayahnya yang mempunyai kesedaran sosial yang tinggi bagi memajukan kehidupan khalayak termiskin di desa yang ketinggalan kesan dari sistem ekonomi kolonial turut memberi pengaruh kepada beliau.
Ketika usianya 21 tahun, beliau banyak menulis artikel di akhbar New Straits Times dan C.h.e. Det merupakan nama samaran yang sering dipakai. "Masalah Bumiputra dan Melayu adalah perkara yang beliau gemar sekali bangkitkan". kemiskinan masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar merupakan tema yang kerap diangkat ke permukaan. Beliau berpendirian penjajah British dan dasar pecah belah dan perintah merupakan halangan utama kemajuan ekonomi bangsa Melayu. "Dr. Mahathir mempunyai kepercayaan dan keyakinan diri yang tinggi dan tidak mudah percaya kepada penjajah walaupun era penjajahan telah berlalu".
Namun Tun Dr. Mahathir yang terkenal dengan sikapnya yang suka berterus terang mengataan: "pernah suatu ketika kita dituduh sebagai suatu bangsa yang pemalas. kalau mereka boleh berkata demikian dan menyatakannya secara terbuka saya tidak melihat alasan kenapa kita tidak boleh mengatakan keyakinan kita tentang mereka lebih lagi ianya betul dari segi fakta". Beliau juga disifatkan sebagai individu yang penyendiri, pemalu, pendiam, namun pada sesetengah orang menganggap beliau sebagai seorang yang berterus terang, bertindak cergas, berani, teliti, dan punya cita-cita dan disiplin yang tinggi. Apatah lagi dalam perkara yang berkait rapat dengan kehormatan bangsa Malaysia. Hal ini tercermin dari ulasan beliau: Kejayaan bukan mudah dicapai, kepala perlu dihantukkan ke dinding sebelum dinding dapat dipecahkan...ataupun mungkin kepala itu yang akan pecah. Saya rasa kita harus bertindak demikian, saya tidak percaya kita harus mengalah".

No comments:

Post a Comment