Friday, 20 July 2012

Ramadhan Terakhir BuatKU





Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 

Kita buat Checklist Ramadhan sekali Tahun Ini...


Sudahkan Anda Bersedia..????


                Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan


                                 


PENA ingin mengucapakan  Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Tuesday, 10 July 2012

Bila Anda BERIMAGINASI

Hampir semua mata pelajaran di sekolah merangsang penggunaan otak kiri dalam mempelajarinya. 

                                                                    
Apabila seseorang murid cuba memahami bagaimana sesuatu formula matematik itu digunakan dalam menyelesaikan satu-satu masalah, dia sedang menggunakan seluruh otak kirinya. Begitu juga apabila dia diminta untuk menghafal fakta-fakta sejarah  serta tahun-tahun kejadian, diajar tentang haiwan, tumbuhan dan proses kitaran dalam matapelajaran sains, dia juga menggunakan seluruh potensi otak kirinya.

Jadi bilakah mereka ini akan menggunakan otak kanan mereka? Jawapannya mungkin tiada atau mungkin 10%, iaitu dalam matapelajaran berteraskan seni, ko-kurikulum dan kemahiran hidup. Peratusan yang amat rendah itu memungkinkan sel-sel neuron otak kanan semakin tertidur ( tidak aktif ) dan akhirnya mati.

Otak Kiri
Penyelidikan saintis mendapati otak kiri bertugas dalam mengingati ilmu, data dan fakta: menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisis, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik.

Otak Kanan
Otak kanan pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.

Sebagaimana tangan harus digunakan kedua-duanya untuk mendapat gerak laku yang terbaik, demikian juga otak. Kita diberikan dua telinga untuk menyeimbangkan pendengaran, diberi dua mata untuk lebih fokus, diberikan dua kaki utnuk lebih pantas, kita juga diberikan dua otak untuk lebih berfungsi sebagai insan yang stabil, pintar dan seimbang.

Penggunaan otak yang tidak seimbang akibat pembelajaran mata pelajran yang tidak seimbang akan mengakibatkan lahirnya manusia yang tempang. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu – individu yang menggunakan otak kanan secara luas dan kerap.

Bagaimana untuk mengaktifkan otak kanan?
Perbanyakkan melakukan aktiviti yang menggabungkan potensi penglihatan, gerakan jari, bahasa tubuh dan juga pendengaran.
  1. Bebaskan kejumudan anda dengan mengambil tahu hal-hal semasa dan sekeliling.
  2. Memberi saranan kepada diri sendiri ataupun bermonolog.
  3. Banyakkan mencuba sesuatu yang berhalangan seperti ekspedisi, mengembara, bermain game computer dan aktiviti-aktiviti lasak.
  4. Sertai seminar, forum, pameran, ekspo dan cari peluang agar suara anda didengar.
  5. Menatap, merenung dan membaca Al-Quran.
  6. Cuba berfikir secara kreatif, analitis ataupun literal.
  7. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penghiduan dan merasa secara imaginasi.
  8. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
  9. Bermain catur atau sesuatu yang mencabar minda.

     
    **Kita dengar dulu lagu nie..
Rujukan Artikel: Membina Jati Diri Gemilang oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Sunday, 8 July 2012

Mana jadi pilihan - Munafiq, kufur dan lalai

TERLALU sinikal atau tiada pilihan dalam menghadapi hari muka rakyat negara ini. Itu sahaja yang menjadi santapan minda yang disogokkan kepada generasi Y yang dikatakan sebagai orang muda. Darah mereka amat bergelora. Banyak sungguh yang diperkatakan mereka.
 
Banyak sungguh kemarahan yang ingin ditunjukkan malah ingin dibalas kepada generasi X yang melahir dan membesarkan mereka sebelumnya. Alasan mudah yang dicanai minda kumpulan ini hanyalah sudah tiba masanya kita perlu merobah orang tua yang tidak berguna.

Kerana kita lebih tahu dan matang daripada mereka ataupun mereka sudah ketinggalan zaman dan tidak memahami aspirasi orang muda.

Entah apa sebabnya mereka inginkan sangat perubahan sehingga ke tahap revolusi dan bukannya lebih kepada evolusi seperti mana yang selalu dipercayai generasi sebelum mereka. Ia diumpamakan seperti produk-produk siap guna dan makanan segera yang sudah menguasai kesemua segmen pasaran moden ketika ini.

Apa sahaja penjelasan yang diberikan dan apa sahaja yang cuba dibuktikan melalui pelbagai wacana, acara dan anugerah tidak lagi dipandang secara fakta tetapi dikiaskan sebagai pura-pura.

Paling pelik pula, peneraju kumpulan ini juga bukan seorang muda malah rata-rata mereka juga sekumpulan dengan yang sedia ada. Pendekatan, ia boleh dikelaskan sebagai reconditioned sudah pula dibuktikan tidak sehebat mana dari semua sudut baik dari aspek moral ataupun agenda.

Oleh itu, mari bukakan mata dan minda, di manakah posisi bakal pengganti dan di mana pula hala tuju serta matlamat yang sudah terbentang di depan mata.

Pertamanya, kita perlu tanya kenapa pula kita mahu perubahan? Tentunya kita mahu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedia ada. Hanya manusia yang tidak waras sahaja yang mahu berubah kepada yang lebih buruk daripada apa yang sudah dimiliki.

Kerana lumrah manusia itu sendiri menyebabkan wujudnya ketamadunan yang hebat dan kerananya juga banyak tamadun yang dibina itu sudah runtuh dan tinggal sebagai sejarah semata-semata tanpa pengecualian di negara kita sendiri.

Kedua, apa yang ingin kita buktikan dengan melakukan pelbagai onar dan perancangan yang hanya akan membuktikan bahawa perancang, pelaksana dan bakal pewaris wacana perubahan itu sebenarnya bukanlah mewakili generasi Y itu sendiri yang belum dapat membuktikan apa-apa pun selama ini selain kebijaksanaan orator syarahannya sahaja.

Ketiga; Bukankah pula lebih afdal diberikan kepada si Lalai yang sudah mahu pulang ke pangkal jalan itu diberikan peluang selepas menunjukkan komitmen secara berterusan. Kerana individu yang sedar tentulah lebih baik daripada yang mabuk.

Benarkah pula wujud hubung kait pangkal kuasa yang menggerakkan dan melagakan antara dua generasi ini sehingga seolah-olah tidak wujud lagi titik pertemuan walaupun sudah dilaksanakan pelbagai program bagi menyambung ukhuwah dan menjadikan mereka sebagai penerima anugerah sebagai penjaga amanah. Marilah kita bermuhasabah melihat senario ini secara faktanya.

Kalau kita rentaskan minda kepada senario ketika ini tentu kita akan lihat bahawa wujud dengan nyata pelbagai gejala negatif yang sudah diterapkan dan diterima sebagai biasa kepada para pembawa angin perubahan ini yang boleh kita kaitkan dengan sifat-sifat orang yang munafiq.

Di mana mereka ini bersifat pendusta, khianat, tidak mahu mengalah, dan selalu mungkir janji. Lontarkan sifat-sifat itu kepada para pemimpin kedua-dua belah pihak dan nilaikan sendiri dengan satu syarat yakni kosongkan dada dan lihat hanya fakta dan bukannya emosi semata-mata. Kerana, emosi tidak akan membawa kebaikan walau dalam apa situasi sekalipun kerana ia tidak berhubung secara rasional dengan fakta.

Nilaikanlah siapa sebenarnya yang munafiq dalam menjarah minda kita selama ini sehingga apa sahaja yang dipaparkan disanggah membuta tuli. Seperti tiada kebaikan yang wujud, tiada jasa yang ditabur dan apa yang wujud hari ini seolah-olah seperti anugerah yang gugur dari langit tanpa sebarang usaha dan ikhtiar.

Sekiranya itu yang kita percaya, atau itu anutan bagi mereka yang ingin membawa angin perubahan berkenaan, maka benarlah kenyataan kedua yang melayakkan mereka ke tahap itu yakni kufur kepada nikmat yang sudah kita miliki dan rasai selama ini.

Adakah sebarang fakta yang boleh dibentangkan secara nyata sebagai analisis bahawa sebenarnya kita tidak cukup makmur dan bertuah hidup dalam negara ini yang menjadi buruan serta syurga pencari rezeki daripada seluruh pelosok dunia?

Malah kumpulan bijak pandai yang melaksanakan reformasi, sudah terperangkap dalam inovasi transformasi dengan bukti-bukti yang cukup signifikan sedang berjalan dengan pantas dan tersusun.

Malah perancangan semenjak bermulanya era merdeka dengan Program Buku Hijau, RMK, DEB, Wawasan 2020, malah kini gagasan 1Malaysia telah pun menjawap segala suara hati yang mahukan kepada perubahan berkenaan. Ia bukan sahaja sebagai kata-kata dan omongan kosong yang tertulis atau dihebahkan melalui media semata-mata tetapi sudahpun dilaksanakan.

Cuma mungkin apa yang boleh dituding ketika ini kepada kita bahawa berlaku kelalaian seketika akibat pelbagai unsur sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan.

Lalu kita kembali pula kepada sifat sebenar realiti hidup sebagai manusia yang mempunyai sifat semulajadinya memiliki sifat berkenaan. Lantas bolehkah pula kita menghukum secara berlebihan sehingga hilang sifat manusiawi diri sendiri dan mengamalkan sikap keterlaluan dalam menghukum. Kerana sikap ini kelak akan membawa mudarat yang tidak sedikit atau dengan kata lain memusnahkan diri sendiri.

Bangsa dan budaya kita kekal dengan sikap toleransi yang tinggi. Pendekatan segala bidalan dan peribahasa lama sebagai bukti kepada dunia bahawa tidak semua perkara boleh diatasi dengan kekerasan. Kerana itu, maharaja besar daripada peradaban yang agung juga tertarik sehingga sanggup menghadiahkan puteri sendiri bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan Sultan Melayu satu ketika dahulu.

Tetapi, selepas itu ia merudum dan kita terjajah dan menjadi mangsa kepada penjarahan ratusan tahun lamanya. Sudah tentu ada sebabnya. Mahukah kita sekali lagi terjerumus ke dalamnya sebab memang sudah jelas bahawa sejarah akan berulang. Semenanjung Tanah Arab sudah menjadi bukti nyata bahawa agenda besar penjarah dunia sudah dilaksana.

Kini terpulang kepada diri kita sendiri, samada ingin menjadi kumpulan munafiq atau menjadi manusia yang kufur atau menjadi si hakim yang melampau. Tepuklah dada sendiri dan tanyakanlah minda ke mana arah kita. Kerana kita sendiri perlu melakukannya dan jangan harapkan orang lain. Ini sahaja negara kita dan ini sahaja tempat kita untuk diwariskan kepada generasi selepas anda semua yang mungkin diberikan nama Generasi Z pula.

Apakah generasi Z itu bermakna generasi tidur, atau generasi yang terkubur atau generasi yang sudah lebur. Pisau di tangan sendiri, potong dan cincang ikut sedap rasa. Tetapi sendiri akan merasakan akibatnya seperti api yang kecilnya menjadi kawan, sesudah besar menjadi lawan. Jangan biarkan ia membakar tempat kita berlindung, biarkan mereka sekadar membantu memasak makanan, memberi sedikit kelegaan bila kita kedinginan.

Sumber:www.utusan .com.my

Wednesday, 4 July 2012

Belajar VS Kahwin..??

Kami masih belajar dan 4 tahun lagi akan menamatkan pengajiaan kami. Kami bersepakat ingin berkahwin awal, iaitu sebelum habis pengajian. Tapi, kenapa hasrat kami dihalang?
Kedua-dua belah pihak ibu bapa kami menghalang. Walhal, kami ingin menghalalkan hubungan ini. Bolehkan kami berkahwin secara senyap-senyap? Kami bukan apa, ingin mengelakkan maksiat.
Jawapan:
Kenapa ingin tergesa-gesa adik? Mampukah adik menampung keperluan hariannya sedangkan adik masih belajar. Lainlah sekirannya adik telah membuat simpanan yang mencukupi untuk perbelanjaan adik berdua.

Ingat, berkahwin bukan untuk sehari. Dan juga harus ingat, perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya.

Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin, hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu.

Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.


Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan’ itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Cuba adik fahami hadis Rasulullah SAW ini:

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin.
Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.

Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.

Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita?

 Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil? 


Wajib Kahwin ialah kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat sedangkan ia seorang yang mampu. 

Maksud mampu disini ialah mampu membayar mahar dan nafkah kepada bakal isterinya. Bagaimana adik? Adakah adik berkemampuan?

Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali. 

Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati? Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.

Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. 

Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya.