Tuesday, 31 July 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan,


Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan,
1981-2003
Tun Dr, Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925, di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan orang bersaudara dari ibu berketurunan Melayu dan bapanya India Muslim. Kerjaya bapanya sebagai guru besar sekolah mempengaruhi keperibadian beliau sebagai individu yang tegas dan berdisiplin. Begitu juga keperibadian ayahnya yang mempunyai kesedaran sosial yang tinggi bagi memajukan kehidupan khalayak termiskin di desa yang ketinggalan kesan dari sistem ekonomi kolonial turut memberi pengaruh kepada beliau.
Ketika usianya 21 tahun, beliau banyak menulis artikel di akhbar New Straits Times dan C.h.e. Det merupakan nama samaran yang sering dipakai. "Masalah Bumiputra dan Melayu adalah perkara yang beliau gemar sekali bangkitkan". kemiskinan masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar merupakan tema yang kerap diangkat ke permukaan. Beliau berpendirian penjajah British dan dasar pecah belah dan perintah merupakan halangan utama kemajuan ekonomi bangsa Melayu. "Dr. Mahathir mempunyai kepercayaan dan keyakinan diri yang tinggi dan tidak mudah percaya kepada penjajah walaupun era penjajahan telah berlalu".
Namun Tun Dr. Mahathir yang terkenal dengan sikapnya yang suka berterus terang mengataan: "pernah suatu ketika kita dituduh sebagai suatu bangsa yang pemalas. kalau mereka boleh berkata demikian dan menyatakannya secara terbuka saya tidak melihat alasan kenapa kita tidak boleh mengatakan keyakinan kita tentang mereka lebih lagi ianya betul dari segi fakta". Beliau juga disifatkan sebagai individu yang penyendiri, pemalu, pendiam, namun pada sesetengah orang menganggap beliau sebagai seorang yang berterus terang, bertindak cergas, berani, teliti, dan punya cita-cita dan disiplin yang tinggi. Apatah lagi dalam perkara yang berkait rapat dengan kehormatan bangsa Malaysia. Hal ini tercermin dari ulasan beliau: Kejayaan bukan mudah dicapai, kepala perlu dihantukkan ke dinding sebelum dinding dapat dipecahkan...ataupun mungkin kepala itu yang akan pecah. Saya rasa kita harus bertindak demikian, saya tidak percaya kita harus mengalah".

Monday, 30 July 2012

Inhaler Asma : Adakah Membatalkan Puasa



Menurut Syeikh Abdul Aziz Bin Bazz, penggunaan inhaler ketika berpuasa tidak membatalkan puasa, kerana yang disedut itu adalah gas atau oksigen dengan menggunakan inhaler atau nebulizer untuk tujuan perubatan. Syeikh Ibnu Taimiyah juga membolehkan selama mana ia tidak membabitkan penggunaan makanan. Begitu juga Ibnu Hazam al-Andalusi berpendapat bahawa suntikan atau sedutan serbuk juga tidak membatalkan puasa.
Inhaler asma tidak membatalkan puasa disebabkan ia hanyalah pressurized gas (Salbutamol) yang menyerap ke paru-paru dan ia bukanlah sejenis makanan. Selain tidak sampai ke purut dan tidak mengenyangkan. Ia hanya digunakan untuk keperluan ubat ketika sakit (kemaslahatan). (Fatawa Arkaan al-Islam, Syeikh Ibnu Soleh al-Uthaimin)
Bagaimana dengan rokok?
Hal ini berbeza dengan rokok kerana hukum batal puasa disebabkan merokok berdasarkan sesuatu yang memberi nikmat, mengenyangkan atau menghilangkan dahaga secara psikologi sekali pun dalam jumlah yang sedikit. Asap rokok bukanlah minuman atau makanan, tetapi bagi penghisap rokok, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka jelas hukum menghisap rokok membatalkan puasa. Di sini hendak juga dijelaskan, jika orang berpuasa memasukkan ain’ (benda) ke dalam al-Jauf (berada di bahagian bawah halkum sehingga ke perut) yang mana ia adalah sejenis makanan, minuman, penyegar atau benda yang memberi nikmat pada badan, maka boleh membatalkan puasa seseorang itu.
Akan tetapi bagi orang yang berada di sekitar orang yang merokok, maka dia akan diseliputi dengan asap rokok tersebut lalu tersedut asap rokok (secondary smoker), ia tidaklah membatalkan puasa, kerana sedutan asap tersebut bukanlah satu nikmat bagi diri mereka.
Di dalam hadis Qudsi di mana Rasulullah SAW bersabda: “Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya kecuali puasa, maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh di siang ramadan) kerana Aku.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya, no. 1897 dan sanadnya dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-Azami.
Mankala guru saya Dr Asyraf Bani Kinanah (Dr bahagian Fiqh Di Universiti Yarmouk) ada mengatakan : “Kesemua jenis inhaler asma jika digunakan untuk penyakit asma, maka ia tidak membatalkan puasa.”
Begitu juga pada jenis sakit yang lain, sekiranya dia memerlukan suntikan ubat kerana penyakit berbahaya dan boleh membawa maut jika ia meninggalkannya. Maka dia boleh mengambil ubat tersebut walaupun ketika berpuasa.  Wallahu A’lam.

Saturday, 28 July 2012

Indahnya Didoakan Sahabat



Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.
Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.
Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.
Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.
Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.
MAAFKANLAH….
Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.
Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.
Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?
Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.
Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.
Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.
Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.
Maafkanlah… maafkanlah dia..
Lafaskanlah dengan lidah  bahawa kita  memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.
Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas
Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendam
Aku  ingin kita  tetap bersahabat selamanya…
 credit : akuislam.com

Wednesday, 25 July 2012

DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII



DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yang DiPuja dan DiPuji oleh semua yang ada langit dan di bumi
Yang mengaturkan hidup dan matiku
Yang mendengar segala rintihan kalbuku
Hanya pada-Mu aku mengadu segala isi hati
Hanya Kau yang faham isi hatiku
Hanya Kau penyembuh segala dukaku
Bukan pesona dunia yang menjadi tumpuanku Ya Allah
Tapi kadang kala aku terleka juga dengan pesona dunia
Yang sentiasa melalaikan aku dan melekakan aku
Makanya Ya Allah ....aku perlukan sangat
Nur Hidayah Kasih dari-Mu
Sentiasa memimpin aku ke jalan-jalan yang Kau Redhai
Hingga akhir hayat hidupku
Moga berkat segala yang Kau Redhai dalam sepanjang
Aku berhidup ...
Kau membalas cinta dan kaseh-Mu padaku
Dan kalimah cintaku pada-Mu
Menjadi saksi di akhir kalamku nanti
Itulah yang kudambakan pada-Mu Ya Allah
Maka Kau Perkenankanlah segala doaku Ya Allah
Pabila bertemu dengan-Mu nanti
Aku tersenyum penuh syukur seorang hamba pada Pencipta-Nya
Yang sudi dan sentiasa sudi membalas cintaku tanpa ada syarat
Yang ada cinta dibalas cinta
Jasad dan roh terasa damai
Sedamai air di Kali Syurga
Dan indahnya di saat Pertemuan dengan-Mu
Melepasi hingga ke langit ke tujuh
Cinta Kau dan aku
Menjadi saksi tika cinta di dunia
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Indah....indah...indah.. .
Bahagia rohku di kala itu
Hanya Kau yang memahami bahagianya aku di kala itu
Airmata lambang cintaku pada-Mu tika di dunia dulu
Kau balas cinta-Mu tika itu
Mahu rasanya aku menangis penuh terharu
Terharu betapa Kau
Memanglah Kekasih
Yang menepati janji
Janji-Mu pasti
Aku yakin itu

Tika berhidup di dunia dulu
Bukan Syurga-Mu yang menjadi tumpuanku
Yang kumahukan adalah Cinta-Mu dan Rahmat Kaseh-Mu
Maka-Nya sebelum Kau menjemputku untuk bertemu-Mu
Berilah aku peluang membawa bekalan yang
Kau Redhai dan ada Nilaian di Sisi-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Ya Allah di bulan Ramadhan Yang Penuh
Dengan Keberkatan dan segala pintu-pintu
Syurga terbuka seluas-luas-Nya Kau makbulkan doaku ini
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN